Penting sangat ke Penapis Udara ?
Hi semua..
Ramai dah Mek tengok kawan-kawan Mek pakat guna penapis udara. Ada Mek tengok pakai Coway, Cuckoo dan Amway. Lepas tu Mek pun saje lah survey harga penapis udara. Ada yang murah dan ada jgk Mek tengok harga dia termenung panjang klu nak beli.
Mek rasa bila dah guna aircond kat rumah tu kira dah okay la kan. Rupanya tak. Aircond ni sekadar nak bagi sejuk dan selesa je. Tapi aircond tak menapis udara kotor pun. Pagi-pagi Mek memang selalu bersin sampai berair mata. Mek ingatkan sebab Mek ada resdung la jadi macam tu, tapi rupanya sebab Mek ni alahan pada habuk-habuk yang kita tak nampak. Ni Mek tahu lepas Mek jumpa Dr lah sebab dah tak larat pagi-pagi nak bersin sampai tersumbat hidung je. Tak selesa dan stress dgn hidung tersumbat nak pegi keje. Kadang-kadang bila tak selesa sangat Mek terpaksa makan ubat utk bagi lega hidung tersumbat, tapi kesan dia Mek jadi mengantuk dekat ofis. Dulu jarang-jarang ambil ubat, tapi sekarang jadi seminggu 3 4 kali kena ambil ubat. Dr tu pun cadang kat Mek suruh kurangkan tido dalam aircond, kalau nak pasang aircond buka sekali penapis udara kalau ada.
Mek pun tanya lah Dr, memang berguna ke kalau ada penapis udara ni? Dr tu mula2 gelak tapi dia cakap kalau Mek mampu pakai lah tak rugi pun sebab dia boleh kurangkan kebergantungan Mek kepada ubat. Dr cakap pakai lah brand apa pun asalkan tak membebankan Mek. Jadi, Mek pun fikir panjang jgk la sebab kalau pakai penapis udara ni Mek kena buat kira-kira dulu sebab kebanyakkannya pakai installment bulan-bulan. Mek pun survey dulu lah harga dan jenis apa yang nak beli kat google.
Dekat 2 minggu jugak la Mek survey, bila tolak darab bahagi segala komitmen bulanan Mek, Mek boleh cari penapis udara yang bawah rm90 macam tu lah. Lebih sikit pun takat rm100 je. Mek mula-mula macam tak percaya rupanya ada deh penapis udara dalam lingkungan bajet Mek. Mek berkenan dekat dua jenis ni.

![]() |
Storm Coway |
![]() |
C Model Cuckoo |
Jenis Strom dari Coway Mek berkenan sebab dia 2 dalam 1, dia boleh jadi kipas dan penapis udara. Kalau musim hujan malam-malam tak payah on aircond. Harga dia pun okay la rm90 jer.
Satu lagi jenis C-Model dari Cuckoo, Mek berkenan yang ni sebab dia tak besar dan harga lagi murah rm75.47 jer.
Mek pun cari lah apa beza dua jenis penapis udara ni. Mek check satu tu ada plasma ionizer satu lagi tak ada. Mek pun google lah ape ke benda pulak plasma ionizer tu. Mek pun tak la berapa faham sangat, tapi apa yang Mek faham plasma ionizer ni buat udara tu lagi bersih.
Mek banding beza dua jenis ni siap tanya pendapat kawan opis, diorang kata plasma ionizer ni teknologi baru. Sesuai lah dengan masalah Mek yang pagi-pagi je duk sok sek sok sek tersumbat hidung. Mek pun buat lah pilihan sebab rasa lama jugak duk fikir perlu ke tak nak pakai penapis udara.
Jadi, Mek pilih C Model dari Cuckoo sebab bila Mek baca fungsi dia semuanya canggih-canggih, siap ada
- Plasma Ionizer (ni buat udara lagi bersih)
- Voice navigator (boleh bagitahu mode apa yang kita guna)
- Ada 6 warna indikator (untuk tunjuk tahap kebersihan udara dalam rumah)
- Ada Energy Eye (dia akan malap sendiri bila kita tutup lampu, tak da lah terang bilik tido Mek)
Mek pun buatlah tempahan dekat satu website ni, tu pun kawan opis la bagitahu beli je kat situ senang sebab semua buat secara online. Dah kawan Mek rekomen, Mek pun percaya lah sebab dia dah lama beli penapis udara Cuckoo tapi model up sikit lah dari Mek sebab anak-anak dia penyayang suka kucing. Dia pulak tak suka kucing, tu yang dia beli penapis udara ni utk sedut bulu-bulu kucing. Settle masalah kate dia. Rumah pun tak ada bau kepam kucing.
Ni website tu : https://cuckoogreatdeals.com/
Mek awal-awal tu ada silap isi tapi agen yang Mek berurusan ni ajar Mek satu-satu nak isi macamana. Nasib baik semua okay. Kira rezeki Mek la dalam masa 3 hari terus Cuckoo datang rumah pasang penapis udara ni. Agen pun baik dan pemurah bagi hadiah menarik jugak la bagi Mek. Sabar jugak la dia dengan Mek sebab Mek survey penapis udara ni akhir bulan 4 hari tu. Kira Mek konfem nak beli tu seminggu sebelum raya. Cuckoo datang pasang 22 Mei hari tu. Dah raya pun Mek tak boleh balik, duduk beraya di rumah sewa saje lah.
Ni dah seminggu pakai penapis udara ni memang rasa ada beza. Mek bangun pagi dah kurang banyak la bersin tu. Ade lagi la bersin sikit-sikit. Tapi tak teruk macam sebelum ni. Tido malam pun selesa sebab penapis udara ni senyap tak bunyi bising. Kira Mek puas hati lah setakat ni.
Agen pun ada offer ke Mek beli la sekali dengan penapis air. Mek memang nak jugak pakai, tapi bajet Mek sikit je. Tu Mek kata nanti la Mek ada duit lebih Mek order la. Mek hajat nak pasang satu dekat rumah mak ayah Mek, biar diorang rasa la minum air tapis pulak. InshaAllah niat baik Allah mudahkan.
Ni Mek nak pesan jugak, tak apa kita ambil masa nak buat keputusan nak beli benda macam ni. Mek memang kalau nak beli barang, mesti barang tu Mek guna. Bukan lepas beli duduk tersadai dalam rumah. Benda ni lagi lah kena bayar bulan-bulan. Tu Mek kira habis dulu komitmen bulanan. Tak da lah nanti ke depan Mek sangkut tak boleh bayar. Beli apa-apa sekali pun jangan membazir. Bagi Mek, penapis udara ni perlu sebab nak elak Mek kerap makan ubat. Lagi takut dengan musim covid ni Mek memang jaga betul. Mek share sebab Mek rasa mesti ada orang lain ada masalah sama dengan Mek. Penyelesaian dia memang kena ada penapis udara sebab kita tak nampak habuk kecik-kecik ni. Tu yang buat kita duk bersin jer.
Mek harap perkongsian ni boleh la bantu orang lain. Mek share benda baik dan berguna saje. Mek nak tulis kot kelate takut ada orang tak faham. Kira boleh lah ni deh.

Comments
Post a Comment